Ahli ekonomi kritik cara k'jaan tangani bencana alam


TIDAK hanya rakyat biasa, ahli ekonomi turut mengkritik cara kerajaan menguruskan banjir baru-baru ini.

Beberapa dari mereka menyifatkan tindakan kerajaan tidak mencapai standard yang dijangkakan memandangkan negara dilanda bencana itu setiap tahun.

Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran dipetik kenyataannya kepada portal FMT berkata, Putrajaya menangani bencana ini dengan fokus yang terhad, manakala Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia bercakap mengenai jaringan keselamatan sosial yang “langsung tidak wujud” bagi mangsa.

 berkata, kejelasan dalam.

“Selama dua tahun, politik tempatan hanya fokus kepada Covid-19, mengabaikan hakikat bahawa terdapat pelbagai bahaya lain,” kata Ferlito.

Kerajaan tegasnya sepatutnya memastikan rantaian perintah dan pelaksanaan tugas yang jelas.

"Para pemimpin kini nampaknya hanya mampu melihat “sebahagian kecil daripada realiti yang kompleks” katanya dipetik laporan portal itu.

Sementara itu, Williams pula menyifatkan banjir yang melanda baru-baru ini menyerlahkan kelemahan dalam dasar, infrastruktur dan pengurusan tindak balas bencana oleh kerajaan.

Justeru tegasnya timbul keperluan supaya sistem  khusus untuk memberi kelegaan kepada mangsa banjir diwujudkan.

“Ia tak patut wujud dalam bentuk sistem sekali beri, ad hoc atau kebergantungan kepada amal jariah. Sebaliknya, perlindungan sosial mesti menerapkan sistem yang membolehkan (pemberian) bantuan tunai langsung kepada mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau mencadangkan Malaysia mengikut contoh Jepun, yang terkenal dengan dasar dan sistem tindak balas bencana terhadap gempa bumi dan tsunami yang berkesan.

“Di Jepun, pendekatan pengurusan melibatkan tindak balas bersepadu yang dibiayai dengan baik dan penyelarasan antara semua agensi di peringkat kebangsaan dan tempatan,” katanya lagi.

Bagi felo di Pusat USAsia Perth, Juita Mohamad pula, kajian menyeluruh ke atas projek pembangunan adalah penting untuk menentukan kesan banjir terhadap ekosistem dalam jangka sederhana hingga panjang.
K'jaan bertindak tak seperti diharapkan
“Latihan berpandangan jauh perlu dilakukan secara berkala dan agensi kerajaan mesti melabur dalam sistem amaran awal banjir di setiap negeri.

“Dengan cara itu, jika berlaku (bencana), kita boleh mengerahkan misi menyelamat dengan pantas, tepat pada masa dan berkesan,” katanya dipetik laporan portal itu.

Post a Comment

0 Comments