LIMA wakil rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, membawa kes mencabar pengisytiharan darurat ke Mahkamah Persekutuan.
Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Anwar berkata, anak guamnya memfailkan lapan persoalan undang-undang minggu lepas bagi mendapatkan kebenaran daripada mahkamah tertinggi untuk mendengar merit permohonan itu.
“Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan menetapkan pengurusan kes pada 26 Jan,” katanya dipetik laporan FMT.
Selain Anwar, empat yang lain adalah Ahli Parlimen Hassan Karim (Pasir Gudang), Salahuddin Ayub (Pulai) dan Johari Abdul (Sungai Petani) serta ADUN Tebing Tinggi (Perak) Abdul Aziz Bari.
Peguam Christopher Leong yang mewakili Hassan Karim dan tiga yang lain berkata, semua mereka turut memfailkan permohonan kebenaran minggu lepas dengan mengemukakan dua persoalan undang-undang lazim.
Difahamkan, pemohon mesti memuaskan hati mahkamah dengan merangka persoalan perundangan dan perlembagaan baharu yang membabitkan kepentingan awam dan dibangkitkan buat kali pertama seperti yang dikehendaki bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.
November lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kelima-lima individu berkenaan dengan mengatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu walaupun kebenaran diberikan kepada pemohon.
“Ia adalah sia-sia kerana ,” Hakim Has Zanah Mehat, yang mengetuai panel tiga hakim bersidang berkata, mahkamah dilarang mempersoalkan keputusan Agong untuk mengisytiharkan darurat dan ordinan bawah Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan
Dalam tuntutan mereka sebelum ini, pemohon mendakwa nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, dan Jemaah Menteri kepada Agong melanggar undang-undang dan tertakluk kepada cabaran undang-undang.
Muhyiddin dianggap langgar undang-undang |
Mereka yang lain juga mencabar pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN).
0 Comments