77 Ahli Parlimen mahu suruhanjaya dibentuk siasatan insiden banjir besar


SERAMAI 77 Ahli Parlimen pembangkang menuntut agar satu suruhanjaya khas dibentuk bagi menjalankan bedah siasat ke atas pengurusan banjir di Lembah Klang dan Pahang.

Menerusi kenyataan media yang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim dab disertai Ahli Parlimen Warisan dan Muda itu turut menggesa supaya hasil laporan siasatan tersebut dibentangkan di Parlimen.

"Sekarang memandangkan banjir telah surut di kebanyakan tempat, perlu ada bedah siasat yang menyeluruh tentang apa yang salah, dan yang mana bidang penambahbaikan yang perlu ditangani.

“(Kami juga) mendesak pendakwaan yang lebih tinggi dikenakan terhadap mereka yang menyumbang kepada perubahan iklim seperti penebangan hutan.

“Selain itu, kerajaan Persekutuan harus melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk ahli pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil untuk membangunkan pelan holistik bagi mengurangkan bencana serta kesan alam sekitar,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu mereka turut menyatakan rasa dukacita apabila bencana kali ini telah menyebabkan 46 kematian.

Apa yang lebih menyedihkan tegas mereka adalah kerajaan tidak berkesan menguruskan bencana serta bersikap acuh tidak acuh.

"Terdapat 32 menteri dalam kabinet Ismail Sabri tetapi bukan pergi membantu, sebaliknya berpura-pura 'membantu' untuk mendapat peluang bergambar," tegas mereka.

Kenyataan itu turut menegaskan kerajaan perlu bertindak pantas bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang tidak perlu disebabkan oleh ketidakcekapan, kelewatan dan kecuaian yang boleh dielakkan dari awal.

Dasar pro-iklim perlu dilaksana segera


Mereka turut berharap kerajaan segera memulakan dasar pro-iklim seperti pelan penyesuaian nasional, pelan pengurangan risiko bencana dan mendesak pendakwaan yang lebih tinggi bagi mereka yang menyumbang kepada perubahan iklim seperti penebangan hutan


Pada masa sama, beliau turut senada dengan beberapa Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) dan juga sekumpulan 44 masyarakat awam dan individu Malaysia di mana kerajaan perlu mengisytiharkan bencana banjir sebagai bencana negara.

Post a Comment

0 Comments