Konsep 'Keluarga Malaysia' Ismail dah mula retak - Guan Eng


INISIATIF
Keluarga Malaysia digerakkan Ismail Sabri Yaakob mula menunjukkan keretakan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pandangan itu dinyatakan Guan Eng susulan serangan terbuka dilancarkan antara parti Umno dan Perikatan Nasional (PN) pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sedangkan kedua-dua pihak merupakan parti yang berada dalam kerajaan yang dipimpin Ismail.

Beliau berkata serangan dan serangan balas menggunakan perkataan seperti “bodoh dan jahat” serta mencabar antara satu sama lain untuk menjatuhkan kerajaan negeri Johor menimbulkan persoalan bagaimana BN dan PN boleh terus mentadbir Putrajaya dengan berkesan.

“Dengan permusuhan sengit yang ditunjukkan oleh pemimpin pakatan ini, yang bergaduh seperti kucing dan anjing, bagaimana Perdana Menteri dapat menyatukan rakyat Malaysia dan memastikan kestabilan politik di bawah inisiatif Keluarga Malaysia beliau?” katanya ketika berucap pada konvensyen DAP Selangor semalam.

Terdahulu vateran Umno, Shahir Samad dan Mahiaddin Md Yassin saling mengeluar kenyataan keras antara satu sama lain, ia berikutan kenyataan dibuat Mahiaddin di Shah Alam yang berkata dia boleh mengarahkan ADUN bersatu menarik sokongan dari kerajaan pimpinan Umno sekiranya mahu membalas dendam terhadap tindakan beberapa Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadapnya yang menyebabkan kerajaan dikepalainya tumbang.

Shahir kemudian mencabar Mahiaddin mengarahkan penarikan sokongan dari ADUN bersatu.

Mahiaddin kemudian dilapor media berkata, cabaran Shahrir itu berniat jahat dan tidak bijak.

Selain 'peperangan' terbuka antara pemimpin parti kerajaan itu, Guan Eng turut mengaitkan peruntukan yang didakwa berat sebelah dalam Bajet 2022 dalam kalangan masyarakat yang berbeza

Ia jelasnya memberi tanggapan kepada rakyat Malaysia bahawa konsep keluarga Malaysia itu mula menunjukkan bahawa ia hanya sekadar janji manis.

Lim berkata konsep itu juga tidak bermakna apabila agensi kerajaan digunakan sebagai senjata menentang penentang politik kerajaan kerana ia berunsur berat sebelah.

Apakah Ismail gagal menyatukan parti kerajaan?
“Walaupun semua desakan bahawa ia mahu berlaku adil dan menyatukan rakyat Malaysia di bawah konsep Keluarga Malaysia, kerajaan telah menunjukkan bahawa ia berpecah-belah dan mengamalkan dasar yang memihak kepada kroni dan masyarakat tertentu dengan mengorbankan rakyat.

“Konsep Perdana Menteri tentang Keluarga Malaysia bukan sekadar kata-kata semata-mata tetapi mesti diikuti dengan tindakan dan dasar yang mewakili dan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments