Merujuk kenyataan berbaur ugutan oleh Mahiaddin yang mendakwa mampu menarik sokongan parti pimpinannya terhadap kerajaan negeri Johor, Timbalan Pengerusi UMNO Johor Nur Jazlan Mohamed berkata bahawa beliau cukup mengenali sikap Ahli Parlimen Pagoh itu.
"Saya juga sudah kenal sangat sikap Muhyiddin, dia hanya berani cakap dan ugut sahaja tetapi takut hendak buat.
"UMNO Johor tiada masalah untuk lawan Bersatu sebab kita tahu parti dia bukan kuat sangat. Kita sedia bertembung dengan parti Mahiaddin dalam PRN atau PRU15," katanya dipetik laporan Sinar.
Sebelumnya terjadi perang mulut antara Mahiaddin dan vateran Umno Shahrir Samad, ia susulan cabaran dibuat Shahir supaya Mahiaddin mengarahkan dua ADUN partinya mengumumkan tidak menyokong kerajaan pimpinan Umno di Johor.
Shahir membuat cabaran itu setelah Mahiaddin pada majlis Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam baru-baru ini mendakwa Umno adalah parti yang mementingkan diri sendiri walaupun ketika rakyat berdepan dengan ancaman Covid-19.
Dalam ucapannya, Mahiaddin menyorot peristiwa bagaimana dia kehilangan sokongan majoriti selepas sebahagian ahli parlimen Umno membatalkan sokongan mereka kepadanya.
Kata Mahiaddin, dia sebenarnya boleh membalas tindakan Umno berkenaan - jika mahu - di Johor dengan mengarahkan hanya dua daripada Adun mereka menarik balik sokongan daripada menteri besar Hasni Mohammad.
Jika langkah itu diambil, kata Muhyiddin, kerajaan Umno di Johor akan tumbang.
Sementara itu Nur Jazlan ketika mengulas ucapan Mahiaddin pada majlis itu berkata, Mahiaddin berada dalam keadaan gentar susulan terpaksa menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mahiaddin jelasnya tahu Bersatu tiada kekuatan dan nasib parti itu dalam PRN Melaka juga masih terumbang ambing.
Lebih malang tambahnya, jika Bersatu gagal di Melaka nanti, ia menjadi petanda awal hayat parti itu bakal berakhir pada PRU15 nanti.
"Saya tahu Muhyiddin tengah risau dengan nasib parti dia pada PRN Melaka. Dia tahu Bersatu tak kuat, tak ada jentera pilihan raya, sebab itu dia harapkan PAS.
"Tapi masalahnya, PAS bukan sebuah parti yang kuat di Melaka. Kalau PN kalah maknanya nyawa mereka sudah tidak panjang.
"Umno Johor sedia untuk 'kuburkan' Bersatu lebih awal di Johor jika Muhyiddin berani menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor," katanya.
Justeru, beliau menasihati Pengerusi PN itu supaya berhati-hati jika mahu bercakap atau mengeluarkan ugutan.Mahiaddin disifatkan hanya berani bercakap
"Kerana hendak tutup aib sendiri, dia buka pekung orang lain. Itulah sikap Mahiaddin selama ini, seolah-olah dia seorang sahaja yang baik," katanya dipetik.
0 Comments