PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) bersetuju sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditangguhkan jika kes harian Covid-19 terus meningkat.
Pendirian itu dinyatakan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil berkata, penangguhan tersebut perlu diteliti dan dibincangkan kerana ia melibatkan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat.
“(Penangguhan PRN Sarawak) perlu ada perbincangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kalau kesihatan membimbangkan, saya bersetuju. Jadi kita nak lihat data dan sainsnya.
"Jangan mengulangi kesilapan ketika PRN Melaka, yang mana kerajaan Umno menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, tapi beliau tidak meneliti pembubaran kerajaan Melaka.
"Kesannya kita tengok sekarang, prosedur operasi standard (SOP) tidak tentu arah kerana tindakan gopoh-gapah Umno Melaka dan Mohd Ali yang menyebabkan orang Melaka menghadapi masalah," katanya.
Anwar sebelumnya mengadakan sidang akhbar di Townhall Undi18 Wacana Pemicuan Undi18 Negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu.
Kesihatan rakyat mesti diutamakan |
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Annuar Rapaee sebelum ini pula dipetik berkata, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember ini.
0 Comments