Tak boleh kempen fizikal, K'jaan digesa beri akses media kepada calon


DISEBALIK kritik ramai terhadap SOP Pilihan Raya negeri (PRN) Melaka oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, seorang ahli parlimen pembangkangmembuat gesaan supaya akses media bagi kempen PRN itu.
 
Nik Nazmi Nik Ahmad (HARAPAN-Setiawangsa) berkata,memandangkan keputusan Putrajaya untuk melarang kempen dan perjumpaan secara bersemuka di Melaka akses media yang sama terhadap parti-parti yang terlibat dalam pilihan raya Melaka.

"PRN Melaka calon tak boleh jumpa pengundi.

"Saya minta kerajaan beri jaminan seperti yang berlaku semasa pilihan raya di Singapura iaitu medium media seperti TV, radio perlu beri akses sama pada semua parti bertanding. Bagi sama rata pada BN, HARAPAN," katanya semasa perbahasan usul untuk membatalkan tujuh ordinan darurat.

Kerajaan dikritik susulan tindakan mereka melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial atau ceramah sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pengumuman itu mengambarkan percanggahan tentang sebuah negara dengan dua sistem berbeza.

PRN itu tegasnya tidak perlu diadakan sekiranya kerajaan benar-benar bimbang berlaku penularan semula pendemik itu.

Nik Nazmi mahu akses media sama rata
Menyentuh mengenai apa yang dilakukan Singapura pada pemilihan Parlimen tahun lalu,  Lembaga Pembangunan Media Infocomm memperkenalkan Siaran Politik Konstituensi (CPB) melalui saluran televisyen awam.

Pendekatan ini dikatakan dibuat "sekali sahaja" untuk pilihan raya 2020 memandangkan pandemik Covid-19 dengan setiap calon diperuntukkan 3 minit masa siaran untuk kawasan pilihan raya wakil tunggal dan sehingga 15 minit untuk calon kawasan pilihan raya dengan lima wakil rakyat.
 

Post a Comment

0 Comments