AHLI DEWAN NEGARA Senator Guan Dee Koh Hoi dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.
Berita kematian Guan Dee dikongsikan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dalam satu kenyataan di Facebook.
Walau bagaimanapun punca kematian Guan Dee tidak dinyatakan.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Senator Guandee Kohoi telah dipanggil Tuhan pada jam 4.50pm, 26 Okt 2021 di Hospital Kuala Lumpur. Sama-sama kita doakan beliau serta keluarga," kata kenyataan itu hari ini.
Sebagai rekod, Guan Dee, 67, merupakan Setiausaha Agung Star- Parti politik yang berpengkalan di Sabah.
Pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 April lepas sebelum kabinet terbubar setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos lepas.
Memetik laporan portal FMT, Guan Dee menghidap Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri.
Guan Dee sebelumnya dilapor positif Covid-19 |
Guan Dee dilapor dimasukkan ke hospital jam 5 pagi semalam selepas mengadu sakit dada.
0 Comments