MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin dikritik susulan pengumuman Kementerian Kesihatan yang melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pengumuman itu mengambarkan percanggahan tentang sebuah negara dengan dua sistem berbeza.
Mengulas alasan bahawa larangan itu bertujuan mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 , Guan Eng menegaskan bahawa PRN itu tidak perlu diadakan sekiranya kerajaan benar-benar bimbang berlaku penularan semula pendemik itu.
Justeru tegasnya, DAP akan mengarahkan peguam parti mengkaji sama ada larangan dan sekatan berat yang antaranya menyekat calon bertemu pengundi itu adalah sah serta mematuhi peraturan pilihan raya.
“Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bermesyuarat untuk membincangkan sekatan yang tidak adil dan tidak demokratik ini bertujuan melumpuhkan pembangkang dan memberi kelebihan awal kepada kerajaan,” katanya.
Semalam Khairy mengumumkan larangan larangan bagi sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.
Susulan itu aktiviti bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
Sementara itu, Guan Eng mempersoalkan mengapa kempen pilihan raya dilarang sedangkan tiada perintah kawalan pergerakan penuh dilaksanakan.
Sewajarnya pilihan raya tidak diadakan |
“Jelas ini adalah gambaran bercanggah tentang sebuah negara, dua sistem berbeza. Mengapa membenarkan pilihan raya diadakan terlebih dahulu?” soalnya.
0 Comments