Apa fokus HARAPAN sekiranya dipilih rakyat Melaka lagi ?


ISU berkaitan kebajikan, pendidikan, dan kesihatan rakyat negeri Melak akan terus menjadi teras utama pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) kata Pengerusinya, Adly Zahari.

Adly yang merupakan Ketua Menteri ketika era pentadbiran HARAPAN yang kemudian tumbang susulan 'langkah Sheraton' memberi jaminan itu ketika ditanya apa yang boleh diberikan gabungan itu kepada rakyat Melaka pada era pendemik ini.

“Bagi saya kalau diberikan mandat, keupayaan adalah harus memberi keutamaan kebajikan dan pendidikan kepada rakyat.

“Pada 22 bulan yang lalu saya ada agenda di mana pendidikan anak-anak asnaf mesti diberikan keutamaan saya ada KPI berapa banyak anak ansaf dikeluarkan dari kumpuan asnaf itu.

“Kita bekerja keluarkan asnaf dari garis kemiskinan itu,” katanya dipetik.

Tambah Adly, sepanjang 22 bulan pentadbirannya, HARAPAN  tidak sekali-kali mengenepikan soal kebajikan, pendidikan, dan kesihatan rakyat negeri itu.

"Pendidikan adalah satu elemen yang penting bukan sekadar pengetahuan sahaja tetapi ada nilai-nilai yang lebih tinggi baik masa depan yang lebih berkeyakinan serta peluang kepada generasi muda," jelas Adly yang melihat pendidikan sebagai modal pembangunan insan.

Untuk rekod, pentadbiran Adly sebelum ini dipuji kerana dijalankan dengan cukup berhemah.

Semenjak mengambil alih pentadbiran Melaka dari Barisan Nasional (BN), pelbagai agenda yang diketengahkan beliau demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Ia antaranya, menyediakan rumah Rumah Peduli merupakan rumah percuma yang diberikan kepada rakyat Melaka yang betul-betul memerlukan.

Selain itu beliau menyediakan rumah berkat buat pasangan muda yang baru kahwin di mana beliau mensasarkan 500 unit Rumah Berkat dalam tempoh lima tahun bagi membantu pasangan muda berusia 20 hingga 35 tahun yang baru berkahwin untuk menyewa kediaman berkenaan pada kadar hanya RM150 sebulan.

Sementara itu menyentuh rancanganya sekiranya rakyat Melaka sekali lagi memberi mandat kepada HARAPAN mentadbir Melaka, Adly menjelaskan bahawa pentadbiran negeri boleh ditambah baik menjalin hubungan baik dengan penjawat awam di negeri itu.

Isu rakyat jadi tumpuan utama HARAPAN
"Ketua-ketua jabatan kerajaan perlu diraikan dengan mengambil semua pandangan mereka kerana penjawat awam ada kepandaian mereka tersendiri.

“Selain kesihatan serta SOP diutamakan, Melaka perlu dipacu kehadapan kerana ada pelabuhan yang memberi peluang yang cukup luas kepada rakyat Melaka,” ujarnya mengulas potensi Melaka sebagai negeri pelancongan yang cukup terkenal dengan sejarahnya.

Post a Comment

0 Comments