SPRM mesti berani panggil pemilik akaun pesisir - Akmal Nasir


SURUHANJAYA
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak memanggil sejumlah pemilik akaun luar pesisir yang dinamakan melalui pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dalam satu kenyataan.

Akmal yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) turut berkata, SPRM sepatutnya bersedia untuk mengambil keterangan individu yang dinyatakan memiliki akaun luar persisir antaranya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin; Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa individu lagi.

“SPRM melalui Ketua Pesuruhjaya badan berkenaan, Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi berkaitan.

“AMK ingin merakamkan penghargaan kepada SPRM atas respon berkaitan Kertas Pandora walaupun ia agak sedikit lewat,” katanya.

SPRM mesti jalankan siasatan segera
Dalam kenyataan itu juga, Akmal menggesa siasatan telus dalam kadar segera oleh SPRM berkaitan pendedahan tersebut.

“AMK juga berharap SPRM tidak menggunakan kuasanya untuk melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat sebaliknya fokus kepada isu yang dibawa,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments