PRN Melaka: Masa terbaik HARAPAN letak calon boleh diharap


PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) Melaka yang akan diadakan merupakan adalah masa terbaik untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) membuktikan kesungguhan menampilkan calon berwibawa yang diharapkan rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Muhamad Taquiddin Cheman dipetik laporan sebuah portal berkata, rakyat sudah semestinya akan menilai sama ada gabungan itu benar-benar mendengar dan membawa aspirasi yang dinginkan rakyat dengan membariskan calon mempunyai nilai kepimpinan yang diyakini mampu membawa perubahan.

“Kita seharusnya sedar bahawa penilaian terhadap PRN Melaka ini bukan sahaja pengundi di Melaka tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan berkemungkinan menjadi panduan awal buat mereka untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti,” kata Muhamad Taquiddin dipetik Malausiakini.

HARAPAN sebelum ini dipersoalkan apakah HARAPAN akan memberi peluang kepada empat ADUN yang menarik semula sokongan mereka terhadap Ketua Menteri untuk bertanding sebagai calon mereka.

Majlis Presiden dalam satu kenyataan semalam menegaskan tidak akan mencalonkan ADUN kontroversi, Norhizam Hassan Baktee sebagai calon mereka.

Perlu tegas dalam memilih calon


Malah majlis itu turut menjelaskan belum memutuskan untuk meletak ADUN terbabit sebagai calon mereka susulan keempat-empat mereka bukan ahli mana-mana parti dalam gabungan itu.


Sementara itu tambah Muhamad Taquiddin parti-parti yang menganggotai HARAPAN seharusnya teliti dan bersikap tegas dalam membawa nama-nama calon untuk ditawarkan kepada rakyat Melaka dalam PRN nanti.
 
 

Post a Comment

0 Comments