Oleh: MOHD SAYUTI OMAR | Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 8 November, parti-parti yang bakal mengambil bahagian seperti sudah membekah masalah. Tiga komponen BN, HARAPAN dan PN seperti “kepanauan” untuk menyelesaikan masalah.
Semua komponen ditumbuhi masalah? BN, bermasalah apakah akan bertanding secara solo atau pun berpakat dengan PN. PN juga seperti bermasalah kalau-kalau Umno tetap berdegil akan bertanding secara solo.
Dalam kapitan masalah BN dengan PN, ialah PAS, kerana mereka perlu memilih salah satu antara kedua-duanya. Untuk kongsikan bilik tidur, haram bagi PAS jika parti itu mengambil kira hukum Islam yang jadi prinsip perjuangannya.
Perempuan mana boleh menduakan suami, walaupun dalam dunia ini ada isteri bukan setakat menduakan suami tetapi melima dan meempatbelaskan suami pun ada.
HARAPAN juga telah tumbuh masalah. Ia berpunca dari empat orang Adun khianat yang mahu menunjuk baik dan berbudi kepada rakyat menerusi HARAPAN.
Ada komponen dalam HARAPAN, tidak bersetuju, dan ada pula yang setuju dan ada pula yang masih kebingungan, belum menitah sebarang kata, setuju atau tidak.
PAS harus memilih Umno atau PN |
MOHD SAYUTI OMAR adalah pemerhati politik semasa tanah air yang pernah menghasilkan beberapa naskah buku.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments