Semakan kesahihan proses pembubaran DUN Melaka telah difailkan


PAKATAN HARAPAN
Melaka dilapor telah memfailkan permohonan Semakan Kehakiman bagi mendapatkan penentuan Mahkamah berkaitan kesahihan proses dan keputusan pembubaran Dun Melaka pada 4 Oktober 2021 lalu.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma Guaman Gan Ho dan Razlan Hadri.

Pengerusi HARAPAN negeri Melaka Adly Zahari dipetik laporan media menjelaskan tindakan ini di ambil atas prinsip serta semangat bagi memastikan perlembagaan dan keluhuran unndag-undang negara terus dihormati.

Dalam afidavit sokongannya, Adly antara lain mendakwa Sulaiman Md Ali yang kini Ketua Menteri sementara telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal Oktober lalu.

Justeru menurut Perlembagaan Negeri Melaka, dakwa Adly, nasihat Sulaiman kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka di bawah Perkara 19 (2) untuk membubarkan DUN adalah tidak sah kerana Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti sebelum itu.

Adly turut meminta 13 pelepasan daripada mahkamah termasuk perintah mahkamah bahawa nasihat Ketua Menteri sementara itu adalah tidak sah dan tindakan mala fide.

Selain menamakan Sulaiman sebagai responden pertama dalam permohonan itu, Adlu turut menamakan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); dan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, lapor The Star.

Terdahulu, empat ADUN telah menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan Melaka jatuh.

Empat ADUN berkenaan Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas), dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) bersama 11 ADUN Pakatan Harapan disahkan mempunyai majoriti dan boleh membentuk kerajaan namun TYT Melaka telah mengisytiharkan DUN Melaka dibubarkan.

Kesihatan rakyat adalah keutamaan
Sementara itu tambah Adly, negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 di mana kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan serta menyedari bahawa neger

Bahkan katanya, Melaka baharu sahaja melangkah ke Fasa 4 di mana aktiviti ekonomi rakyat baharu berjalan dengan baik dan bagi memastikan pemulihan ekonomi rakyat tidak terjejas.

Post a Comment

0 Comments