Anwar nasihat supaya utamakan rakyat pelbagai kaum


MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu jentera pilihan raya gabungan itu mengambil langkah bersiap siaga.

Anwar berkata, walaupun HARAPAN kurang bersetuju dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya akan diadakan, namun jentera pilihan raya perlu membuat persiapan bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Saya nasihatkan kepada penggerak jentera KEADILAN dan HARAPAN untuk mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat saat ini. Jadi, ayuh kita selamatkan Melaka!,” katanya melalui Twitter.

DUN Melaka dibubarkan selepas empat ADUN blok kerajaan yang diketuai Idris Haron mengumumkan menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.

Sulaiman kemudian dilapor telah menasihati Yang Dipertua Negeri, supaya membubarkan DUN.

Walau bagaimanapun, tindakan itu dikritik susulan negara masih berdepan ancaman Covid-19, malah proses pembubaran itu turut dipertikaikan.

SPR kemudian menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala hari penamaan calon adalah pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

Jentera diminta siap siaga hadapai PRN
Majlis Presiden HARAPAN dalam satu kenyataan sebelumnya menegaskan bahawa, ia bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN berikutan penularan Covid-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor ekonomi baru dibuka semula dan kerisauan terhadap gelombang keempat penularan.

Post a Comment

0 Comments