HARAPAN sokong usaha pinda Perlembagaan berkaitan MA63


MAJLIS
Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) menegaskan bahawa gabungan itu akan memberi sokongan dua pertiga kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Melalui satu kenyataan, majlis itu menegaskan mereka pada dasarnya menyokong pindaan itu memandangkan ia adalah sebahagian dari Perkara 5, Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan dan kerajaan.

“Pakatan Harapan tidak akan bermain politik tetapi akan berikan sokongan dua pertiga kepada pindaan Perlembagaan ini agar hak rakyat Sabah dan Sarawak dapat diperkukuhkan.

“Kami berharap pindaan ini akan mempergiat usaha melaksana segala perkara yang termaktub di dalam MA63 demi menegakkan keadilan buat Sabah dan Sarawak,” kata Majlis Presiden.

Pada 19 Oktober yang lepas, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dilaporkan bersetuju dengan cadangan pindaan membabitkan Perkara 1(2) serta Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.

Jelas Majlis itu lagi, mereka menyokong usaha itu kerana ia memperkukuh hak rakyat Sabah dan Sarawak.

Konsisten angkat hak Sabah dan Sarawak
Malah pendirian ini adalah sebahagian dari usaha pimpinan HARAPAN sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008, serta pendirian DAP menerusi Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah dan menurunkan status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.

“Pakatan Harapan akan sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan keadilan buat Sabah dan Sarawak,” katanya kenyataan itu lagi.

Post a Comment

0 Comments