PRN Melaka: Lawan atau bersama Umno, apa pendirian PAS?


SEORANG pemimpin kanan UMNO mempersoalkan pendirian PAS selepas Perikatan Nasional (PN) menyatakan akan bertanding di semua 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Puad Zarkashi membangkitkan perkara itu sambil menyifatkan PAS- parti Islam akan dituduh tidak mahu UMNO kembali dominan jika bersetuju memilih untuk bersama Bersatu melalui PN dan menentang Barisan Nasional (BN).

“Persoalannya, apa pendirian PAS. Apakah PAS akan ikut telunjuk Bersatu? Kalau PAS memilih PN, itu bermakna PAS membiarkan dirinya dituduh parti yang tidak mahu Umno kembali dominan.

“Bersatu kali ini sudah tentu banyak bergantung kepada jentera PAS yang lebih lama bertapak di Melaka,” katan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dalam kenyataan.

Persoalan mengenai langkah berikutnya akan diambil PAS timbul setelah Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin mengumumkan pendirian gabungan dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, STAR dan SUPP itu untuk PRN Melaka.

PN dijangka akan bertanding menentang Umno sedangkan parti Melayu itu merupakan rakan gabungan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Pendirian PN itu dinyatakan Mahiaddin bagi menjawab kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PN bagi menghadapi PRN yang bakal diadakan bulan depan.  

Dalam perkembangan sama, Puad turut menyifatkan pengumuman Muhyiddin bahawa PN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka bukti parti itu tamak dan mahu memecahkan undi.

“Ini kerana di PRU14, Bersatu hanya menang dua kerusi melalui sokongan KEADILAN dan DAP. Manakala PAS gagal menang sebarang kerusi. Gerakan pula parti yang hampir luput.

PAS gagal di Melaka pada PRU lalu


“Kalau Gerakan bertanding di semua lapan kerusi DUN yang dimenangi DAP, itu akan menyebabkan PN adalah parti yang paling banyak hilang wang deposit di PRN Melaka.


“Sebab itu tidak ada yang mengejutkan dengan kenyataan Muhyiddin. Ia kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata. Kalau berani sila umum berapa jumlah ahli dan cawangan Bersatu di Melaka,” katanya dipetik.
 

Post a Comment

0 Comments