Norhizam Hassan Baktee tidak akan jadi calon HARAPAN


BEKAS wakil rakyat DAP, Norhizam Hassan Baktee tidak akan dinamakan sebagai salah seorang calon mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan bulan hadapan.

Ketegasan itu disuarakan Majlis Presiden HARAPAN melalui satu kenyataan ditandatangi bersama Presiden KEADILAN merangkap Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Wilfred Madius Tangau.

Menurut mereka, pendirian itu  dibuat setelah menerima pelbagai pandangan daripada pihak yang berkaitan mengenai empat bekas ADUN Melaka yang bertindak membatalkan sokongan mereka kepada Sulaiman Md Ali selaku ketua menteri pada 3 Okt lalu.

Disebabkan keempat-empat Adun terbabit kini tidak menganggotai mana-mana parti dalam HARAPAN, soal pencalonan mereka tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan mereka.

"Walau bagaimanapun, Majlis Presiden PH memutuskan bahawa Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon dalam PRN Melaka," kata kenyataan yang turut menegaskan bahawa mereka meletakkan kepentingan rakyat melebihi mana-mana individu.

Terdahulu sesetengah pemimpih HARAPAN menunjukkan rasa kurang senang mereka terhadap empat bekas Adun terbabit iaitu Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam (Pengkalan Batu) yang menunjukkan minat bertanding semula sebagai calon gabungan itu.

DAP sendiri secara tegas menyatakan tidak akan menerima jika Norhizam dinamakan semula sebagai calon HARAPAN.

HARAPAN tolak Norhizam
Untuk rekod dua daripada bekas Adun terbabit - termasuk Norhizam - memenangi kerusi masing-masing pada 2018 melalui tiket PH namun berpaling tadah sehingga menjatuhkan kerajaan gabungan berkenaan pada tahun lalu.

Norhizam sebelum ini merupakan anggota DAP dan dilantik menjadi exco Melaka di bawah kerajaan HARAPAN, selain diberi tempat juga dalam kabinet kerajaan BN-PN selepas itu.

Post a Comment

0 Comments