PRESIDEN Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar menyifatkan individu yang terlibat dengan aktiviti membawa keluar dan menyimpan wang di akaun luar pesisir sebagai mereka yang tidak patriotik.
Akhbar berkata tindakan individu tersebut bukan sahaja merugikan negara, malah menimbulkan rasa curiga kerana kebiasaannya akaun luar pesisir seperti yang didedahkan Kertas Pandora diwujudkan untuk mengelak daripada membayar cukai selain tidak mahu orang lain tahu kewujudan akaun itu.
“Selalunya adalah untuk lari cukai kerana duit haram dan tak mahu orang tahu. Caranya, beli syarikat termasuk nilai murah dan tubuhkan ‘shell company’ untuk labur dalam hartanah dengan jumlah wang berbilon ringgit tanpa kita tahu tapi ada didedah Pandora Papers.
“Isunya dari mana wang itu datang? Ia (akaun luar pesisir) juga digunakan penjenayah termasuk penjenayah kolar putih untuk pengubahan wang haram.
“Kebanyakan ‘penjenayah’ kewangan menggunakan syarikat cengkerang untuk menyembunyikan wang dan maklumat hak milik melalui penama yang membolehkan mereka ‘mencuci’ kekayaan diperolehi secara haram,” katanya dipetik laporan Astro Awani.
Untuk rekod, sebanyak 118 firma luar pesisir, sebahagian besarnya didakwa melibatkan pemilik yang berasal dari Malaysia.
Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tiga kali meminta pendedahan Kertas Pandora it dibahaskan.
Bagaimanapun usul Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.
Sementara itu tegas Akhbar, meskipun dibolehkan untuk memiliki akaun tersebut tetapi ia perlu memenuhi undang-undang negara melalui Bank Negara Malaysia (BNM).
Begitupun, beliau mempersoalkan mengapa individu tertentu termasuk pemimpin negara mempunyai akaun tersebut seperti didedahkan Pandora Papers baru-baru ini.
Akhbar dalam satu kenyataan media yang lain turut menggesa supaya kerajaan mewajibkan semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk mengisytiharkan aset mereka dalam dan luar pesisir.
Ini jelasnya bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan sebarang aset atau harta baru yang dimiliki oleh anggota parlimen terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dalam parti politik.
"Salah satu cara untuk mengatasi aktiviti rasuah dan pengubahan wang haram yang disimpan dalam akaun luar pesisir adalah dengan memperkenalkan pusat pendaftaran untuk pemilikan bermanfaat syarikat( beneficial ownership) yang berdaftar di Malaysia dan syarikat yang menyimpan dana di Labuan.
"Ini memainkan peranan penting mengenai ketelusan pemilik sebenar sebuah syarikat.
"Banyak penjenayah kewangan menggunakan “shell company” untuk menyembunyikan wang dan maklumat hak milik melalui penama penama lain yang membolehkan penjenayah korup untuk mencuci dan mengelakkan kekayaan mereka yang haram," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan dipimpin Ismail Sabri Yaakob bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih untuk menyiasat nama-nama yang disebutkan dalam Pandora Papers untuk mengetahui kemungkinan kesalahan dan rasuah yang berlaku.

Kerajaan perlu berani jalankan siasatan |

0 Comments