RMK12: Sasaran k'jaan menarik, tapi tak realistik - Senator

SEORANG Ahli Dewan Negara berpendapat sasaran ditetapkan kerajaan bagi melonjakkan purata pendapatan isi rumah kepada sekitar RM10,000 sebulan pada 2025 sukar dicapai.

Senator Datuk Jefridin Atan berkata, sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu kurang realistik berdasarkan situasi pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan.

Tambahnya, isu berkaitan peningkatan jumlah pengangguran dan pertambahan golongan miskin di negara ini kesan pendemik Covid-19 juga dilihat cita-cita itu sukar dicapai untuk tempoh kurang lima tahun kedepan.

“Kita lihat hasrat kerajaan meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada RM10,000 sebulan dalam RMK-12. Kerajaan hanya ada kira-kira empat tahun untuk realisasikannya.

Apakah sasaran dibuat tanpa berpijak di bumi nyata?
“Sasaran ini memang nampak menarik, tapi kurang realistik kerana kerajaan alami pertumbuhan ekonomi perlahan, kadar pengangguran yang masih tinggi dan kadar kemiskinan meningkat akibat pandemik,” katanya ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Negara, hari ini.

Sehubungan itu, senator lantikan Dewan Negeri Johor itu berharap Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneliti semula sasaran tersebut dan membuat penilaian semula supaya ia lebih realistik.




 

Post a Comment

0 Comments