MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak dapat memberi jaminan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di Melaka tidak akan menyebabkan kenaikan mendadak kes Covid-19.
Wan Junaidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail berhubung keputusan mengadakan PRN itu ditengah penularan pendemik yang belum reda.
Menurutnya, biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan SOP berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namum ia tidak akan berguna jika tidak dipatuhi semua yang terlibat dalam pilihan raya berkenaan.
“Saya tak boleh beri jaminan… kerana apa yang berlaku di Sabah, kita buat SOP juga, tetapi rakyat, orang kempen, orang parti yang buat (tidak patuh SOP),” katanya.
Pilihan Raya Sabah yang diadakan tahun lalu susulan cubaan menggulingkan kerajaan negeri dipimpin Warisan dianggap punca kepada kebangkitan gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.
Kajian oleh kumpulan di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura dan diterbitkan di jurnal PLOS Computational Biology itu menyatakan risiko Covid-19 di Sabah pada mulanya rendah.
Bagaimanapun, perkumpulan tanpa had di kawasan terbuka dan had 250 orang di kawasan tertutup, telah meningkatkan risiko jangkitan.
PRN Sabah cetus gelombang ketiga Covid-19 |
Saifuddin sebelumnya ketika mengusulkan soalan tambahan kepada Wan Junaidi menyatakan kegusaran menteri akan menyalah guna program rasmi untuk berkempen di Melaka, memandangkan majlis kerajaan dibenarkan dalam SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
0 Comments