AKHIRNYA bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron mengakui adalah lebih baik sesebuah pentadbiran dikepalai kerajaan berbilang bangsa yang bersih, berbanding kerajaan diterajui pemimpin Melayu-Islam korup dan tidak cekap.
Idris berkata begitu dipetik temu bual dilapor portal FMT sebagai mengulas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan tidak lama lagi selain menjawab pernyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah kerajaan Melayu-Islam yang pertama di Melaka.
“Jadi saya berkata betul orang Melayu dan Islam, tetapi pilihan manakah yang kita ada?
“Kerajaan yang mendakwa mereka Melayu dan Islam, tetapi rosak, korup, tidak cekap, (yang terdapat) campur tangan, mendiskriminasi dan sebagainya.
“Ia berbanding dengan kerajaan pelbagai latar belakang, yang ada di dalamnya perpaduan kaum, yang lebih islamik dan boleh menjamin kesejahteraan rakyat di negeri Melaka ini.” katanya dipetik.
Dalam temu bual itu juga Idris mendedahkan program bantuan yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini telah mendiskriminasi rakyat yang mempunyai latar belakang politik yang berbeza.
ADUN Sungai Udang itu memberi contoh bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disampaikan di dewan yang digantung dengan bendera parti.
“Kita tidak mahu sikap parti menguasai kerajaan itu berlaku kerana apabila menyampaikan bantuan, dia akan tanya kamu ini menyokong siapa. Jika tidak menyokong saya, kamu tidak akan mendapat bantuan.
“Ini adalah satu penyakit yang cukup menekan rakyat Melaka pada hari ini.
"Saya yakin bantuan MAIM yang disampaikan itu juga adalah satu agenda yang tidak suci hati, tidak bertanggungjawab dan menasihatkan penerima supaya menyokong mereka dan sebagainya.”
Sebaliknya beliau berkata, Islam mengajar umatnya untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.
HARAPAN adalah pilihan terbaik rakyat Melaka |
Sehubungan itu bekas pemimpin Umno itu juga mengakui dan percay Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah pilihan terbaik untuk pengundi Melaka dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti.
0 Comments