SEORANG Ahli Dewan Rakyat menyifatkan Parlimen seolah-olah sudah menjadi seperti kartun apabila usul pengungkaian Ordinan Darurat baharu dikemukakan pada Isnin lalu.
Mahfuz Omar (HARAPAN-Pokok Sena) berkata, sedangkan pada sidang dewan Julai lalu, Takiyuddin Hassan yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada waktu itu telah membuat pengisytiharan bahawa kerajaan telah menarik balik Ordinan Darurat berkenaan.
Tindakan kerajaan secara tiba-tiba membuat pembentangan untuk mengungkai atau membuat ketetapan untuk membatalkan Ordinan Darurat itu jelasnya mengelirukan.
"Pada waktu itu, kerajaan berpendapat tidak perlu kepada pembentangan pengungkaian Ordinan Darurat, cukup ketetapan yang dibuat diletakkan di atas meja.
"Takkan letakkan atas meja menunjukkan kita telah buat ketetapan?
"Jadi ini maksud saya bahawa Parlimen kita sudah menjadi kartun," katanya ketika perbahasan mengungkai tujuh Ordinan Darurat.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga pemimpin kanan parti Amanah Negara (Amanah) berkata, perkara itu sepatutnya dilakukan pada sidang Dewan Rakyat pada Julai lalu kerana mengungkaian Ordinan Darurat perlu dibuat ketetapan seperti mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Saya percaya kalau mereka bentang pada ketika itu, tidak ada siapa pun yang akan tolak, semua akan setuju.
"Tapi saya tak tahu apakah yang menghantui atau mereka sendiri telah jadi hantu kepada negara ini sehingga timbul permasalahan besar tentang pembatalan Ordinan Darurat," katanya dipetik.
Sementara itu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika perbahasan isu berkaitan pengungkaian Ordinan Darurat itu turut menyifatkan Malaysia kini menjadi negara yang pelik dalam dunia.
Undang-undang jangan ikut nafsu pemerintah |
“Peliknya dahulu ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen, peliknya semasa darurat jangkitan Covid-19 paling tinggi sampai 24,000, mati beratus satu hari dan kemuncak cecah 300 satu hari,” katanya mengulas insiden 2 Ogos lalu.
Pada tarikh itu, media melaporkan seramai 107 Ahli Parlimen pembangkang telah dihalang daripada memasuki Parlimen.
Mereka kemudian berkumpul di Dataran Merdeka bagi membuat bantahan.
0 Comments