PRN Melaka: Larangan hanya untungkan parti k'jaan - Saifuddin


KETUA Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan larangan terhadap semua bentuk himpunan berkaitan pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai tindakan tidak adil.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu itu berkata, berpendapat peraturan baharu tersebut sebagai mewujdukan peluang tidak sama rata pada pilihan raya itu nanti.

Larangan itu jelasnya bakal menjejaskan peluang kemenangan gabungan pembangkan dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

“Garis panduan ini sangat jelas, ia akan mewujudkan padang permainan yang tidak sama rata antara parti yang bertanding. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saran calon yang bertanding menggunakan stesen televisyen.

“KEADILAN tiada stesen televisyen. RTM milik kerajaan, dan TV3 adalah stesen swasta. Masa siaran sangat mahal dan di luar keupayaan parti. Jadi, siapa ada kelebihan?

“Tentunya parti kerajaan yang memerintah hari ini, iaitu Umno, Barisan Nasional (BN) dan gabungannya,” katanya dipetik laporan media.

Akibat larangan itu tegasnya telah membuatkan gabungan pembangkang bakal menghadapi pilihan raya itu dalam keadaan lemah.

“Kini, kami sedang mengumpul seluruh potensi yang arif dalam teknologi maklumat dan media sosial,” ujarnya.

Sementara itu, Saifuddin turut mempersoalan tindakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengumumkan larangan itu.

Tegasnya hal ehwal pilihan raya adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tak perlu ada menteri bercakap soal larangan pilihan raya kerana kita sudah ada SPR. Ini janggal dan tidak wajar,” kata Saifuddin sambil menegaskan bahawa KKM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya perlu memberi nasihat dan pandangan kepada SPR, yang akan memutuskan SOP sesuai untuk PRN Melaka.

Larangan wujudkan 'padang tak sama rata'
Terdahulu, seorang Ahli Parlimen dari KEADILAN menggesa kerajaan memberi akses media kepada semua pihak terlibat PRN melaka untuk berkempen secara adil.

Gesaan itu disuarakan Nik Nazmi Nik Ahmad (HARAPAN-Setiawangsa) semasa perbahasan usul untuk membatalkan tujuh ordinan darurat di Dewan rakyat

Post a Comment

0 Comments