SEORANG Ahli Parlimen mempersoalkan apakah janji bekas Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN), Mahiaddin Md Yassin tahun lalu berhubung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya sekadar 'janji kosong'.
Teo Nie Ching (HARAPAN-Kulai) di Dewan Rakyat dalam soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat dari PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung bantuan dari agensi itu.
Kata bekas timbalan Menteri Pelajaran itu, janji dibuat Mahiaddin untuk menaikkan bantuan JKM antara RM200 hingga RM300 kepada RM1,000 itu bukan sahaja lewat lebih 10 bulan, namun sehingga kini ia belum dilaksanakan.
“Di sini saya nak ingatkan pada 3 Dis tahun lalu sempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia, pada masa itu, Ahli Parlimen Pagoh (Mahiaddin) janji bantuan bulanan JKM yang pada masa ini antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan kepada RM1,000.
“Ini ditulis dalam Facebook bekas Perdana Menteri itu dan masih ada dalam Facebook Muhyiddin,” katanya dipetik.
Nie Ching tanya mana janji Mahiaddin |
Zailah ketika menjawab soalan tambahan itu memaklumkan cadangan menaikkan bantuan JKM kepada RM1,000 bergantung kepada kelulusan kerajaan.
Ia kerana kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu ia membabitkan kos besar.
0 Comments