SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa supaya bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dan kesemua Kabinet Perikatan Nasional (PN) disiasat segera.
Ia ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 bar-baru ini bahawa negara menanggung kerugian wang awam dan pembaziran berjumlah lebih RM620 juta di bawah kerajaan didominasi Bersatu, PAS dan Umno itu.
Faiz Fadzil yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkata, isu pembayaran tidak teratur yang didedahkan di Dewan Rakyat semalam adalah satu perkara serius dalam tadbir urus negara.
“Pendedahan LKAN 2020 adalah membimbangkan kerana ia menunjukkan kerajaan tidak serius dalam mematuhi pengurusan kewangan yang baik.
“Misalnya, duti kastam telah terkurang pungut sebanyak RM5.92 juta dan Jabatan Imigresen rugi RM81.69 juta akibat tidak mengenakan penalti.
“Sepatutnya, menteri-menteri yang berkenaan perlu tampil ke hadapan dan bertanggungjawab atas isu-isu yang dibangkitkan oleh LKAN 2020,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Audit Negara ketika membentangkan laporannya turut menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan membayar hutang matang dengan RM98 bilion hutang baharu, dan bukannya menggunakan lebihan hasil yang ada.
Sementara itu ketika mengulas pembentangan LKAN itu, Faiz menegaskan pakej ekonomi diumum kerajaan PN sebelum ini gagal mencapai apa yang diharapkan.
Daripada RM530 bilion nilai pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan, hanya RM83 bilion sahaja yang datang daripada kerajaan.
Bahkan katanya, sekurang-kurangnya RM300 bilion telah disumbangkan oleh rakyat sendiri dalam bentuk pengeluaran simpanan KWSP dan moratorium pinjaman yang tidak dikecualikan faedah.
Kegagalan itu dapat dielakkan sekiranya sumber kewangan telah diuruskan dengan baik dengan rakyat akan mendapat lebih manfaat darinya.
“Sebagai captain of the ship, para menteri (termasuk Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhiaddin) harus disiasat atas kepincangan pengurusan kewangan yang berlaku.
“Ini akan menjadi amaran kepada menteri-menteri semasa dan akan datang serta semua penjawat awam supaya sentiasa mematuhi ‘standard’ pengurusan kerajaan,” tegasnya lagi.

Jemaah menteri PN harus dipertanggungjawabkan |

0 Comments