SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dakwanya berdegil menolak melakukan siasatan terhadap incdividu dikaitkan dengan pendedahan Kertas Pandora.
Bekas menteri kewangan itu melalui satu kenyataan berkata, tindakan suruhanjaya itu menimbulkan kemusykilan dan keraguan masyarakat mengenai kredibiliti agensi itu terutama ada desakan dari ahli parlimen pembangkang berkenaan perkara itu.
Tambahnya juga, keengganan SPRM menyiasat individu dikaitkan dengan pendedahan itu seolah-olah mengiyakan kecurigaan bahawa SPRM akan menutup mata apabila ahli politik yang masih aktif dan menyokong kerajaan didakwa terbabit.
“Kertas Pandora adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram di seberang luar sempadan antarabangsa.
“Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah,” katanya dengan menegaskan bahawa lebih 330 ahli politik membabitkan 90 negara didedahkan dalam Kertas Pandora itu, termasuk rakyat negara ini yang dikenali.
Kertas Pandora merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Maklumat itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat di tempat perlindungan cukai.
Beberapa pemimpin politik dikaitkan dengan pendedahan itu.
Dalam kenyataan serupa, Guan Eng turut mempersoalkan mengapa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menyiasat hal berkenaan.
Bank Negara dilihat sebagai satu-satunya institusi yang dapat bertindak terhadap aliran keluar wang haram seperti didedahkan.
“Lagipun, USD33.7 bilion adalah jumlah yang besar berdasarkan piawaian antarabangsa. Malangnya, Bank Negara nampaknya seakan mengikut langkah SPRM dan terus berdiam diri terhadap skandal kewangan ini,” katanya.
Dengan apa yang disifatkannya sebagai kelemahan institusi berwajib menyiasat pendedahan itu, Guan Eng turut mengakui tidak terkejut dengan skor Malaysia dalam indeks peraturan undang-undang global merosot 1.4% dan menduduki tempat 54 daripada 139 negara, yang ditinjau dalam Indeks Peraturan Undang-Undang 2021 Projek Keadilan Dunia (WJP).
“Ini berbeza dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-47 daripada 128 negara tahun lalu,” katanya sambil mengingatkan kerajaan bahawa kemerosotan berkenaan boleh diatasi sekiranya mereka mempunyai keberanian untuk menegakkan kebenaran terhadap pihak berkuasa.
Mahu individu bersalah dihukum |
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM melalui satu kenyataan semalam berkata, suruhanjaya itu akan berkerjasama dengan BNM bagi menyiasat pendedahan itu.
Ia susulan isu berkenaan dibangkitkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan
notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini
0 Comments