PEMUDA Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak membantah sebarang percubaan mempercepat pilihan raya di negeri itu sebelum Febuari tahun depan.
Bantahan itu dibuat susulan ada khabar angin yang mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar bagi membolehkan pilihan raya diadakan segera.
ketua AMK Sarawak Saifunnizam Sam dan timbalannya, Chiew Choon Man dalam kenyataan bersama menyatakan pendirian itu setelah mengambil kira keadaan wabak Covid-19 serta penurunan umur layak mengundi yang hanya akan dilaksanakan akhir tahun ini.
"Dalam ketiadaan keperluan terdesak, AMK Sarawak menuntut agar kerajaan negeri GPS menangguhkan sebarang rancangan untuk mengadakan PRN dalam masa terdekat demi mengurangkan risiko yang boleh dielakkan.
"Kami juga meminta Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg supaya mempertimbangkan dengan cermat dan mengutamakan nyawa serta kesihatan rakyatdan bukan sebarang percaturan politik dalam membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat ini," kata mereka.
Penggal DUN Sarawak tamat pada 7 Jun lalu namun darurat diisytiharkan bagi menangguhkan PRN ekoran penularan wabak Covid-19. Ia dijadual tamat pada Februari 2022.
Media yang berpangkalan di Sarawak, Borneo Post dalam laporan yang memetik sumber mendakwa pembubaran dalam masa terdekat ini adalah "sangat berkemungkinan".
Sumber yang dipetik laporan itu juga mendakwa bahawa pengundian kemungkinan diadakan pada 27 November dengan penamaan calon pada 13 November.
Sementara AMK Sarawak turut membangkitkan isu pelaksanaan Undi 18 yang akan memberi peluang kepada ramai warga berusia 18 hingga 20 tahun untuk turut sama mengundi selepas ini.
"Kerajaan negeri seharusnya memberi ruang kepada kepada pelaksanaan pembaharuan ini yang telah menjadi persefahaman nasional dalam pilihan raya negeri yang akan datang.
Tunggu sehingga pendemik reda |
Justeru, AMK Sarawak menyeru agar kerajaan Sarawak menjelaskan pendirian dan ketetapan bahawa pilihan raya negeri hanya akan diadakan selepas darurat tamat dan setelah penularan Covid-19 terkawal.
0 Comments