Wanita KEADILAN mahu RUU Warga Emas dibentangkan segera


MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar menyegerakan tarikh pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Warga Emas.

Pengarah Komunikasi Wanita Parti Keadilan rakyat (KEADILAN), Loh Ker Chean melalui satu kenyataan berkata, pembentangan yang dijadualkan pada 2022 dalam Pelan Strategi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2021-2025 perlu dipercepatkan pada September ini atau selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Tambahnya, dengan pendemik Covid-19 yang terpaksa dilalui, kewujudan Akta Warga Emas menjadi lebih mendesak demi melindungi warga emas yang merupakan golongan rentan berisiko tinggi daripada penderaan dan pengabaian.

"Penting hak asasi warga emas dilindungi supaya mereka boleh hidup dengan bermaruah, selamat, tanpa pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi khususnya dalam tempoh pandemik Covid-19.
 
"Ini termasuklah mengelakkan kematian warga emas akibat pengabaian penjaga dalam usaha kita memerangi pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan tersebut.

Selain mahu RUU itu dipercepatkan, beliau turut mencadangkan supaya menteri terbabit dapat mempertimbangkan dua perkara dimasukkan ke dalam RUU Warga Emas yang bakal dibentangkan kelak.

Hak asasi warga emas perlu dilindungi


"Pertama, institusi-institusi atau individu wajib mempunyai akauntabiliti ke atas warga emas bagi memastikan golongan ini selamat daripada penderaan dan pengabaian di bawah penjagaan Institusi atau individu.


"Kedua, penderaan atau pengabaian yang dilakukan terhadap warga emas boleh ditafsirkan sebagai suatu kesalahan jenayah di sisi undang-undang sekiranya disabitkan kesalahan," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments