SIDANG Dewan Rakyat sesi petang tadi dilapor terpaksa ditangguhkan gara-gara kerusi di pihak kerajaan kosong.
Dipetik laporan sebuah portal, sesi yang sepatutnya dimulakan jam 2.30 petang tadi tertangguh selepas Ahli Parlimen Rasah dari Pakatan Harapan (HARAPAN) Cha Kee Chin menyedari dewan tidak mempunyai cukup korum untuk persidangan dijalankan dan memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon.
Cha berkata, penyokong kerajaan, menteri dan timbalan menteri tidak hadir.
“Mohon Speaker minta Setiausaha Dewan Rakyat semak kehadiran terutama di sebelah penyokong kerajaan dan pihak menteri.
“Saya nampak kuorum tidak cukup,” katanya.
Ketiadaan Ahli Parlimen di dalam dewan turut menarik perhatian bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching .
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kulai bertanya: “Di mana menteri dan timbalan menteri?”
Rashid kemudian kemudian membunyikan loceng sekali lagi, mengingatkan Ahli Parlimen untuk hadir dan masuk ke dewan.
Selepas dua minit loceng dibunyikan, sidang parlimen sesi petang disambung dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen Kampar dari HARAPAN, Thomas Su Keong Siong.
![]() |
Ahli Parlimen pembangkang soal mana menteri |
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) dalam ciapan di Twitternya berkata, kerusi pihak kerajaan kosong ketika pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim berdebat mengenai krisis kesihatan dan ekonomi.
0 Comments