Buat sesuatu selain salahkan tuhan, kata pakar ekologi kepada Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN diminta memahami maksud sebenar antara “takdir Allah” dan bencana yang disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri.

Seorang pakar ekologi dan aktivis alam sekitar menegur Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan itu susulan kenyataannya yang mengaitkan bencana di Gurun, Yan dan Merbok di Kedah baru-baru ini sebagai “takdir Allah”.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Eko-Pelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (Ecomy) Andrew Sebastian dipetik laporan FMT berkata, Takiyuddin yang merupakan menteri tenaga dan sumber asli memengambil jalan mudah apabila menyatakan kejadian itu adalah takdir Tuhan.

Katanya, aktiviti manusia bertanggungjawab menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau dan peningkatan suhu di seluruh dunia yang menyebabkan keadaan muka bumi semakin berubah disebabkan corak cuaca yang ekstrem khususnya pada hujung tahun apabila lebih banyak tanah runtuh dan banjir kilat akan berlaku.

“Tidak dapat dinafikan bahawa hampir semua bencana banjir yang berlaku adalah disebabkan campur tangan manusia.

“Apa yang kita lihat di Kedah ini adalah perkara yang dirasai dan dilihat berlaku di seluruh dunia,” katanya sembil menegaskan bahawa campur tangan manusia yang dimaksudkan termasuk pembersihan tanah dan pembangunan.

Sementara itu Sebastian turut mengingatkan Takiyuddin, berbanding cuba 'menyalahkan' Tuhan berhubung kejadian alam, kerajaan sewajarnya mengambil tindakan segera melindungi alam sekitar..

Takiyuddin ketika menjawab soalan dikemuka Sabri Azit (PAS-Jerai) di Dewan Rakyat semalam berkata bahawa kejadian kepala air di Gunung Jerai sebagai ‘act of God’ atau satu takdir Allah.

Kenyataan dibuat Takiyuddin itu turut dikritik Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aktivis alam sekitar Irshad Mobarak dalam laporan sama berkata, hutan hujan bertindak seperti span yang menahan air dan melepaskannya ke dalam aliran dan sungai.

Katanya, sejak berabad lalu, Kedah menggunakan sebahagian besar kawasan dataran rendah hutan hujan untuk menjalankan aktiviti penanaman padi, namun sejak kebelakangan ini, pembangunan bandar-bandar kecil menyebabkan aliran air yang tinggi ke lembah sungai yang rendah.

Campur tangan manusia ganggu sistem iklim
“Oleh itu kawasan-kawasan ini lebih terdedah kepada bencana banjir

“Hujan adalah kejadian alam semula jadi. Tetapi kita harus memikirkan untuk membuat perancangan lebih baik untuk berdepan banjir,” kata Irshad dipetik laporan itu.

Post a Comment

0 Comments