KETUA PEMBANGKANG di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya bahawa bencana kepala air Gunung Jerai di Yan, Kedah pada Ogos lalu sebagai “takdir Allah”.
Anwar ketika bangkit mencelah jawapan Setiausaha Agung PAS itu ketika soalan tambahan Sabri Azit (PAS-Jerai) di Dewan Rakyat berkata Takiyuddin tidak sepatutnya mengaitkan kejadian itu sebagai 'takdir' kerana bencana boleh berlaku akibat perbuatan tangan manusia sendiri.
“Masalah ‘nature’ ini jangan nak salah Tuhan. Kadang-kadang ia masalah manusia.
“Mantan Menteri Kerja Raya dahulu, bila adanya kerobohan, ‘act of God’. Bagaimana anda tahu itu takdir Tuhan, bila manusia itu rakus merosakkan balak?” katanya Anwar di Dewan Rakyat.
Takiyuddin ketika menjawab soalan Sabri berkata kementerian dikepalainya dukacita dengan kejadian bencana yang berlaku di Yan,
Dia berkata bahawa pemandangan di kawasan kejadian dimana pokok yang dihanyutkan air banjir masih mempunyai akar menggambarkan ia dibawa air banjir lumpur dan bukanlah akibat kegiatan pembalakan.
“Ini adalah satu ‘act of God’. Satu takdir Allah,” kata menteri itu.
Banjir besar melanda Gurun, Yan dan Merbok pada bulan Ogos berikutan hujan lebat pada kadar 278mm dalam jangka masa beberapa jam, terburuk dalam tempoh 70 tahun. Banjir itu menyaksikan hampir 1,000 keluarga terjejas dengan air lumpur mencapai ketinggian 1.5m.
Ini bukan kali pertama Anwar menempelak Takiyuddin berhubung kenyataan-kenyataanya.
![]() |
Anwar tempelak kenyataan Takiyuddin |
Takiyuddin juga dikritik Anwar susulan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat dalam Dewan Rakyat yang tidak dipersembah terlebih dahulu bagi diperkenankan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.
0 Comments