Pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker membingungkan


BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,  V Sivakumar mempersoalkan tindakan perdana menteri mencalonkan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Sivakumar yang merupakan Ahli Parlimen Batu Gajah menegaskan bahawa Institusi Parlimen adalah simbol kemerdekaan dan sumber demokrasi bagi negara, dan tindakan Ismail Sabri Yaakob mencalonkan mencalonkan individu yang telah didakwa di mahkamah kerana melakukan rasuah dan melanggar akta pencucian wang sebagai calon bagi jawatan yang dikosongkan Azalina Othman Said itu katanya adalah satu tindakan amat mengejutkan.

“Ismail Sabri wajar meminta maaf kepada negara ketika mengemukakan Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian sebagai calon untuk dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat setelah jawatan itu dibiarkan kosong berikutan peletakan jawatan oleh Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang.

“Pencalonan Ahmad Maslan bukan sahaja tidak baik bagi institusi Parlimen kita, tetapi juga penyerangan terbuka terhadap reputasi institusi tersebut,” katanya.

Semalam media melaporkan bahawa Ahmad Maslan yang merupakan Setiausaha Agung UMNO merupakan satu-satunya calon dari blok kerajaan untuk mengisi jawatan itu.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengadakan pertemuan dengan Ahmad berhubung pencalonan itu dan Ahli Parlimen Pontian tersebut menurutnya telah menyatakan persetujuan.

Ahmad Maslan sedang menghadapi perbicaraan kerana dituduh gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat berhubung cek berkenaan.

Bagi pertuduhan, Ahmad Maszlan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala untuk pertuduhan kedua,  pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda kedua-duanya.

Kes itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, Sivakumar menggesa  semua 220 Anggota Parlimen tidak untuk memilih calon dengan yang mempunyai kes tercemar yang jika tidak ditolak akan memalukan Parlimen termasuk semua Ahli Dewan.

Sivakumar gesa tolak 'kluster mahkamah'
Tambahan lagi katanya bekas perdana menteri, Mahiaddin Md Yassin dan parti Bersatu ketika mahu mempertahan jawatannya sebelum ini telah berjanji untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrat.

"Dia akan memungkiri janji mereka dengan memilih Ahmad Maslan ketika usul itu muncul untuk mengundi 14 September 2021 nanti," kata Sivakumar lagi.

Post a Comment

0 Comments