MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar digesa supaya memberi perhatian segera dan keutamaan memperbaiki masalah MySejahtera sebelum memperkenalkan sebarang fungsi atau ciri-ciri baharu.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan yang merujuk beberapa kelemahan dalam aplikasi itu termasuk berkaitan kemas kini status vaksin menerusi hanya akan menambahkan lagi kesengsaraan, kesulitan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.
"Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklum balas daripada penduduk bahawa mereka tidak memiliki sijil digital di dalam MySejahtera walaupun telah mengambil vaksin lengkap.
"Ramai daripada mereka tidak dapat meneruskan aktiviti harian akibat kegagalan MySejahtera mengemas kini status vaksin mereka dan ini bertambah teruk apabila mereka tidak dapat menghubungi Helpdesk MySejahtera," katanya.
"Mereka telah berusaha menghubungi Helpdesk MySejahtera untuk mengadu mengenai perkara ini dan mendapatkan sijil digital setelah lengkap menerima dua dos vaksinasi, namun mereka tidak mendapat sebarang maklum balas," katanya.
Khairy dalam laporan media baru-baru ini berkata, beberapa peningkatan telah dibuat kepada aplikasi itu. Ia termasuk menambah, butang 'daftar keluar' yang didakwa bagi meningkatkan pengesanan kontak.
Bagaimanapun, butang 'daftar keluar' itu menerima sambutan dingin warganet.
Dalam pada itu, Hannah merujuk isu kelemahan aplikasi itu berkata, adalah tidak munasabah untuk aplikasi MySejahtera mengalami ketidakcekapan seperti itu ketika semua pergerakan dihubungkaitkan atau bergantung kepada status vaksin.
Menurutnya, pembelian barangan harian, makanan, kemasukan ke padang, tempat kerja dan penggunaan pengangkutan harian, semuanya bergantung kepada status vaksin mereka.
Malah, katanya, ada dalam kalangan mereka yang dirujuk kembali ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mengemas kini status vaksin sedangkan sesetengah PPV sudahpun ditutup.
![]() |
Hannah bangkitkan aduan pengguna |
Ini bagi memberikan masa secukupnya agar imuniti vaksin menjadi matang.
0 Comments