AHLI PARLIMEN Pagoh, Mahiaddin Md Yasin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri oleh jemaah kabinet Ismail Sabri Yaakob.
Pelantikan Mahiaddin yang merupakan bekas Perdana Menteri yang meletak jawatan susulan hilang kepercayaan Ahli Dewan Rakyat baru-baru ini dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali.
Zuki yang juga setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan Mahiaddin itu diputuskan dalam mesyuarat pada Rabu dengan alasan mereka merasa yakin terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin Yassin di atas pelantikan ini,” katanya menurut laporan Bernama.
Untuk rekod, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Mahiaddin dikritik kuat rakyat terhadap prestasi hambarnya mengawal pendemik Covid-19 yang berlarutan dan semakin memburuk sehingga menyebabkan keruntuhan ekonomi golongan B40 dan peniaga kecil.
Rakyat menyatakan kemarahan mereka terhadap kerajaan PN dengan menggunakan #KerajaanGagal. Tanggapan bahawa kerajaan dipimpin Mahiaddin bukan sebuah kerajaan boleh diharapkan telah menjadi sebab mengapa beberapa Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan mereka terhadap bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, pengumuman lantikan Mahiaddin turut disambut dengan rasa tidak senang banyak pihak.
Segelintir pengguna media sosial memberikan maklum balas bahawa perlantikan itu sebagai petanda Muhyiddin kembali dalam urusan kerajaan.
Malah, ada yang beranggapan ia seolah-olah memberi bayangan negara akan kembali gagal susulan beliau disifatkan sebagai pemimpin yang tidak berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19.
![]() |
Mahiaddin dilantik pengerusi bertaraf menteri |
Malah Presiden Bersatu itu bertanggungjawab melaksanakan darurat, kononnya bertujuan memerangi Covid-19, tetapi wabak menjadi lebih serius di akhir darurat.
0 Comments