CARA Putrajaya menangani pendemik Covid-19 dikritik dua pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail yang merupakan ADUN di negeri itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Khamis menyentuh pelbagai isu yang perlu diambil perhatian dan diperbaiki segera.
Antara itu dibangkitkan adalah kebimbangan berhubung kadar kematian yang semakin meningkat di negeri itu dan usaha vaksinasi yang perlu diperluaskan segera.
Mereka turut membangkitkan cadangan supaya perkhidmatan sokongan dapat diberikan kepada mereka yang dikenakan sekatan pergerakan.
Guan Eng yang merupakan ADUN Air Putih berkata, kajian mendalam perlu dilakukan untuk melihat kenapa kawasan tertentu mencatatkan bilangan kematian tinggi.
Merujuk kepada kawasan Air Itam yang merekodkan 21 kematian berkaitan Covid-19 setakat ini, bekas Ketua Menteri itu berkata bahawa perkara itu adalah sangat merisaukan,
Namun beliau membangkitkan kelemahan dalam menangani wabak itu apabila tiada jawapan kenapa trend itu wujud di situ.
“Kita perlu melihat kenapa ini berlaku, kita perlu menyiasat lebih mendalam,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan “kelemahan kerajaan persekutuan” dalam menangani wabak itu, kerajaan Pulau Pinang mesti meningkatkan usaha mitigasi.
“Jika kerajaan persekutuan tidak boleh melakukannya, kita boleh lakukan di Pulau Pinang. Saya benar-benar berharap menteri kesihatan baharu boleh membuat perubahan segera untuk memperbaiki keadaan.” tambahnya.
Sementara Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili rakyat kawasan Pantai Jerejak pula berkata, beberapa kegagalan berlaku sejak awal lagi.
Katanya, kesilapan pertama adalah kelewatan kerajaan menempah vaksin atas alasan menunggu ujian klinikal dilakukan sedangkan banyak negara lain telah membuat tempahan awal sebelum ujian klinikal dimulakan.
“Bak kata kami di utara, sepatutnya kita ‘chup dulu’. Kita hanya membuat tempahan selepas permintaan untuk vaksin sudah tinggi.”
Saifuddin berkata, ketika vaksin tiba, Sarawak menjadi negeri pertama menerima sejumlah besarnya, iaitu taktik politik sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri yang sepatutnya diadakan Jun lalu sebelum ditangguhkan selepas darurat diisytiharkan di negeri itu.
Katanya, isunya bukan mengenai keupayaan negeri membeli vaksin sendiri, sebaliknya kerana ia diberi awal oleh pembuat dasar di Putrajaya.
“Negeri jirannya Sabah juga ‘corot’ dalam penerimaan vaksin. Jadi, nampaknya kehidupan orang Sarawak lebih penting berbanding negeri lain.” katanya dipetik laporan FMT.
![]() |
Cara pendemik diurus dipersoal |
Katanya, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu menghubungi mereka setiap hari untuk memantau keadaan keluarga itu, manakala Majlis Perbandaran turut melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan mereka mempunyai bekalan makanan mencukupi.
“Itu yang dinamakan sistem sokongan. Kita sebagai kerajaan mesti menawarkan sokongan kepada mereka yang mengasingkan diri di rumah.” tambahnya.
0 Comments