Patriot buat tuntutan terhadap Ismail Sabri


PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) mengemukakan beberapa tuntutan terhadap perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dipetik laporan media, Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji berkata pihaknya menuntut menteri, timbalan menteri serta pegawai lantikan politik mengisytiharkan aset mereka dalam tempoh 100 hari.

Selain itu Patriot juga mahu kerajaan berhenti melantik ahli politik dalam lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memastikan akses mudah orang ramai kepada semua Ahli Parlimen.

Mengulas kenyataan Ismail sebelum ini yang mahu menteri dan timbalan membuktikan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari, Patriot menggesa supaya mereka dinilai oleh profesional bebas yang dilantik.

"Mereka yang tidak menunjukkan prestasi baik harus digantikan," kata mereka.

Patriot dalam tuntutan mereka turut mahu perlu membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang efektif dan berkebolehan.

Ahli Parlimen Bera itu juga perlu mempertimbangkan senarai tuntutan Patriot, jika beliau mengharapkan rakyat bekerjasama dengannya dalam menangani krisis ekonomi, pandemik serta memerangi rasuah.

Tukar menteri tidak tunjuk prestasi


"Masa adalah kuncinya kerana negara berada dalam cengkaman Covid-19 sejak awal tahun lalu dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan gagal mengurangkan jumlah kes.


"Ismail perlu mempertimbangkan semua tuntutan Patriot demi ketelusan dan akauntabiliti lebih baik," tambah Patriot.

Mereka tuut mengingatkan bahawa mereka rakyat yang cinta terhadap negara menuntut yang terbaik daripada menteri dan timbalan menteri.

Rakyat tegas mereka tidak lagi mahu bertolak ansur dengan individu ‘tidak berguna’ dan berprestasi lemah yang biasa berlaku dalam pentadbiran terdahulu.

Post a Comment

0 Comments