MALAYSIA perlu merdeka daripada fahaman politik narsisme yang sentiasa menimbulkan prejudis kaum dan agama, kata Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah), Aiman Athirah Al Jundi.
Dalam satu kenyataan sempena sambutan hari kemerdekaan negara baru-baru ini, Senator Dewan Negara itu berkata fahaman politik narsisme telah membantutkan pemikiran rakyat yang hidup dalam masyarakat majmuk di negara ini, justeru persepsi yang merasakan hanya kelompok tertentu menjadi pembela kepada Melayu dan Islam perlu dihapuskan.
Mengulas hal kemerdekaan, Athira juga menegaskan bahawa rakyat juga perlu merdeka daripada fahaman politik naungan khususnya elit-elit politik yang mengenepikan mandat rakyat hasil keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Mereka bergerak lebih rakus memandulkan institusi legislatif negara, menodai keluhuran perlembagaan, merosakkan demokrasi berparlimen, bahkan tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan."
"Tiada cara lain untuk kita memperbaiki wajah politik Malaysia yang hodoh ini selain membina semula masyarakat dan negara ini dengan meneruskan usaha menanamkan politik nilai, politik mendidik dan politik khidmat dalam kehidupan masyarakat," katanya.
![]() |
Politik narsisme mesti dihapuskan |
"Wanita perlu terus cekap berperanan menjadi ejen pencetus dan pengimbang mandiri sosial serta jati diri manusia bagi memastikan pembinaan generasi manusia yang leluhur dapat dijayakan tidak kiralah kita berdiri di posisi mana," katanya dipetik.
0 Comments