Malaysia harus setia pada dasar berkecuali - Hanipa Maidin

MALAYSIA harus kekal memegang prinsip berkecuali berhubung pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai AUKUS.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat cadangan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu mendapatkan pandangan dan maklum balas China tidak patut berlaku.

“Sebagai pemain kecil, Malaysia harus setia pada prinsip berkecuali. Pada pandangan saya mencari pandangan China mengenai AUKUS, untuk apa jua alasan, adalah, tanpa keraguan, kesalahan atau diplomatik palsu,” katanya dipetik.

Terdahulu, kerajaan melahirkan kegusaran terhadap pembentukan pakatan tiga hala itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 18 September lalu menegaskan, AUKUS bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.
 
Namun, pada 22 September, Hishammuddin di Dewan Rakyat memberitahu akan mengadakan lawatan kerja ke China dalam masa terdekat bagi mendapatkan pandangan khususnya dalam aspek pertahanan berhubung kontroversi pembentukan AUKUS.

Kenyataan Ahli Parlimen Sembrong itu kemudian dikritik banyak pihak.

Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (JKPH) dalam satu kenyataan melahirkan rasa aneh terhadap terhadap kenyataan itu yang menimbulkan persepsi seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.

Malah Majlis Presidennya, menegaskan bahawa Malaysia dipandu oleh Kertas Putih Pertahanan yang telah diluluskan di parlimen secara dwipartisan pada 2 Disember 2019 yang antara lain menegaskan bahawa kita mengamalkan "Keneutralan aktivis" iaitu dasar berkecuali.

"Keneutralan aktivis tidak bermaksud Malaysia berpeluk tubuh apabila ada percubaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan sikapnya untuk berkecuali.

Malaysia harus setia dengan prinsip berkecuali
"Malaysia seharusnya bersuara lantang terhadap kuasa Barat sekiranya berlakunya persaingan senjata di rantau ini. Pada masa yang sama, Malaysia juga perlu mempengaruhi China secara aktif supaya menghormati kedaulatan negara-negara serantau, serta peranan Asean di rantau ini.

"Kita tidak boleh dilihat memihak dan memberi gambaran bahawa Malaysia menerima arahan daripada mana-mana pihak," kata Majlis tersebut.



Post a Comment

0 Comments