Bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching melalui satu kenyataan berkata, kenyataan Menteri Pendidikan Radzi Jidin kelewatan berhubung pemberian komputer riba itu "sangat memalukan" terutama ketika kerajaan mengumumkan sekolah akan dibuka semula secara berperingkat pada mulai minggu depan.
“Pada 18 September 2021, Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa hanya 111,040 komputer riba yang telah diedarkan setakat ini, menyebabkan 38,060 unit komputer riba yang dijanjikan belum dapat dihantar.
"Boleh diandaikan lebih daripada 38,060 pelajar terjejas oleh kelewatan yang sangat memalukan ini kerana satu komputer riba boleh memberi manfaat kepada lebih daripada seorang pelajar bagi setiap isi rumah," kata Ahli Parlimen Kulai itu dalam kenyataan.
Radzi Jidin dalam jawapan di parlimen baru-baru ini berkata 15,419 daripadanya adalah dari Yayasan Hasanah akan diedarkan kepada pelajar 'tidak lama lagi', namun dia tidak menyatakan tarikh jangkaan pemberian itu akan dilaksana.
Manakala baki 23,541 komputer riba dari Yayasan Hasanah untuk melengkapkan pengangihan komputer riba kepada pelajar itu menurutnya masih belum diterima kementeriannya.
Difahamkan kerajaan pada masa ini bergantung kepada Yayasan Hasanah, entiti kembar Khazanah Nasional Bhd untuk menyediakan komputer riba, tablet dan sambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di bawah inisiatif Cerdik.
![]() |
K'jaan terlalu bergantung kepada GLC |
Tegasnya ramai pelajar masih memerlukan peralatan yang sesuai ketika berada di rumah untuk mengikuti kelas dalam talian
0 Comments