SEORANG bekas menteri mencabar Ismail Sabri Yaakob supaya membuktikan dia lebih cekap menlaksana tugas perdana menteri berbanding pendahulunya, Mahiaddin Md Yasin.
zaid Ibrahim yang merupakan bekas Menteri Undang-Undang mengulas kenyataan Ismail sebelum ini yang memberikan 100 hari kepada anggota kabinetnya membuktikan kemampuan mereka.
Menurut Zaid, Ismail tidak terkecuali dan perlu turut membuktikan kemampuannya.
“Perdana Menteri sudah memberitahu para menterinya bahawa mereka mempunyai 100 hari bagi menunjukkan prestasi. Saya mahu mencadangkan perdana menteri diberikan cabaran sama.
“Beliau perlu segera mengurangkan jumlah kes Covid-19 pada paras munasabah. Jika beliau perlu menukar menteri setiap 100 hari, dipersilakan,” katanya dalam muat naik di Facebook baru-baru ini.
Ismail dalam perutusan sulungnya sebelum ini berkata, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet menekan budaya kerja berprestasi tinggi.
Setiap kementerian katanya perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” kata Ahli Parlimen Bera itu dipetik laporan media.
Dalam perkembangan sama, pemerhati politik menyuarakan keraguan sama ada beberapa menteri dan timbalannya dapat membuktikan prestasi dalam masa 100 hari, seperti dituntut Ismail.
![]() |
Zaid gesa Ismail buktikan prestasi dalam 100 hari |
Tempoh 100 hari yang diberi Ismail kepada para menteri itu katanya mungkin hanya untuk mempengaruhi persepsi rakyat, tanpa menetapkan sebarang pencapaian khusus.
0 Comments