MAHKAMAH akan memulakan perbicaraan kes saman pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd pada 20 hingga 23 September ini.
Perkembangan itu dinyatakan Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lim selaku plaintif seperti dilapor Bernama.
Lim sebelum ini memfailkan saman tersebut terhadap Mohammed Hanif pada Oktober 2018 yang dakwanya membuat kenyataan berunsur fitnah.
Hanif didakwa membuat kenyataan itu di Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Sept 2018 yang telah diterbitkan dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.
Menerusi pernyataan tuntutan, pemimpiN DAP itu mendakwa kata-kata fitnah dibuat Hanif antara lain membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab dan berniat mengarahkan DAP untuk memisahkan atau membahagikan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian berdasarkan kaum dan berniat untuk memecahkan kaum Melayu dan Cina.
Plaintif mendakwa defendan kedua (Sinar) telah bertindak dengan niat jahat apabila mencetak, menyiarkan, menerbit dan mengedarkan kata-kata fitnah itu.
![]() |
Guan Eng dakwa Mohammed Hanif fitnah |
0 Comments