KOMITMEN Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan reformasi institusi bagi melancarkan usaha negara melawan pandemik Covid-19 kini diragui.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendakwa, Ismail pada pandangannya tidak komited untuk menyelamatkan ekonomi apabila enggan mempengerusikan Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan melantik Mahiaddin Md Yasin kedudukan itu dengan kedudukan bertaraf menteri.
“PPN perlu menggunakan kuasa sebenar untuk bertindak segera dan tidak diperlecehkan sekadar menjadi ‘warung kopi’ yang diketuai bekas perdana menteri yang telah menyebabkan krisis kesihatan dan kemelesetan ekonomi terburuk dalam negara.
“Apa yang boleh dilakukan Mahiaddin sekarang untuk mengubah keadaan ekonomi? Beliau telah gagal melakukannya walaupun berkuasa penuh sebagai perdana menteri dengan pelancaran lapan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion.
“Jawatan Pengerusi Jawatankuasa PPN tidak boleh dipandang sebagai perhiasan semata-mata untuk dijadikan sebagai saguhati politik setelah Mahiadddin dipaksa meletakkan jawatan sebagai pada 16 Ogos lalu,” katanya.
Pada masa sama, Guan Eng mempersoal jika Ismail tidak mempunyai komitmen terhadap Jawatankuasa PPN, bagaimana beliau dapat memberikan jaminan untuk melaksana reformasi institusi seperti Undang-undang Anti Lompat Parti.
![]() |
Komitmen Ismail laksana reformasi institusi diragui |
Salam kenyataan sama, bekas Menteri Kewangan itu mengulangi pendiriannya bahawa perlu untuk kerajaan menyuntik dana langsung tambahan sejumlah RM45 bilion untuk membantu ekonomi Malaysia dan mengelakkan kehabisan dana.
0 Comments