Harga siling kit ujian kendiri Covid-19 masih tinggi - Dr Kelvin Yii


SEORANG
Ahli Parlimen mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan harga siling RM19.90 ditetapkan kerajaan bagi kit ujian kendiri Covid-19 masih terlalu mahal untuk rakyat kebanyakkan.


Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii (Kuching) berkata, kerajaan sepatutnya memberikan subsidi bagi memastikan ia mampu dibeli golongan B40 dan M40 dapat membeli kit ujian kendiri yang dianggap penting untuk rakyat hidup dalam suasana “normal baharu” kini.

“Ini bahagian penting dalam pendekatan FTTIS + V (cari, uji, kesan, kuarantin, sokong serta vaksinasi) yang sistematik dan komprehensif diperlukan untuk menangani pandemik.

“Ujian boleh dilakukan di ‘lokasi interaksi’ seperti kilang, pejabat atau majlis sosial untuk mencegah dan mengurangkan penularan.

“Saya menggesa kerajaan mengambil langkah tambahan bagi memberi subsidi buat kit ujian kendiri Covid-19 dengan menjadikannya mampu milik dan mudah diakses orang ramai supaya ia dapat diterima sebagai ‘normal baharu’,” katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan menetapkan RM16 sebagai harga siling borong dan RM19.90 sebagai harga siling runcit untuk alat ujian kendiri dan akan berkuat kuasa mulai 5 Sept ini.

Sewajarnya harga kit ujian dijual bawah RM10
Sementara itu Yii berkata, mensubsidi harga alat ujian kendiri akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana mereka boleh memasukkan kit ujian itu dalam SOP tempat kerja mereka.

“PKS sedang bergelut akibat ekonomi perlahan. Kerajaan perlu mencari jalan meringankan beban mereka sambil menggalakkan ‘amalan selamat’, termasuk budaya kerap menjalani ujian bagi memastikan ekonomi terus rancak.” katanya yang berpandangan harga kit ujian kendiri itu sewajarnya perlu dijuallebih rendah daripada RM10.

Post a Comment

0 Comments