KERAJAAN disaran menggunakan keuntungan bersih Tabung Haji bagi enam bulan pertama tahun 2021 yang dianggarkan sebanyak RM1.22 bilion bagi menampung subsidi kos haji.
Saranan itu dilontarkan ADUN Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary yang berkata kos mengerjakan haji dijangka meningkat sebanyak RM30,000 pada tahun ini.
Muhammad Faiz yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional berkata, keuntungan dikecapi Tabung Haji sejak tahun 2019 ini susulan dasar pemulihan dan penstrukturan oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini dan ia harus digunakan untuk manfaat umat Islam.
“Tujuan fundamental Tabung Haji adalah menguruskan ibadat haji umat Islam negara ini dan oleh itu tanggungan subsidi bagi mengekalkan jumlah bayaran yang sama (RM9,900) adalah dituntut memandangkan jumlah subsidi hanya sekitar RM500 juta,” katanya.
Difahamkan umat Islam di Malaysia sebelum ini hanya perlu membayar RM9,900 sahaja dan kos selebihnya ditanggung kerajaan.
Kenyataan Ahmad Marzuk telah menyebabkan bakal jemaah merasa bimbang.
Sementara itu tegas Muhammad Faiz, kerajaan seharusnya meneruskan pemberian subsidi bagi mengekalkan jumlah bayaran yang sama (RM9,900) bagi membantu meringankan beban umat Islam di negara ini.
Kesempitan ditanggung umat Islam sejak pandemik Covid-19 ini tidak harus dibebankan lagi dengan kos haji yang meningkat terutama bagi mereka yang diluluskan mengerjakan haji.
Saranan itu dilontarkan ADUN Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary yang berkata kos mengerjakan haji dijangka meningkat sebanyak RM30,000 pada tahun ini.
Muhammad Faiz yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional berkata, keuntungan dikecapi Tabung Haji sejak tahun 2019 ini susulan dasar pemulihan dan penstrukturan oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini dan ia harus digunakan untuk manfaat umat Islam.
“Tujuan fundamental Tabung Haji adalah menguruskan ibadat haji umat Islam negara ini dan oleh itu tanggungan subsidi bagi mengekalkan jumlah bayaran yang sama (RM9,900) adalah dituntut memandangkan jumlah subsidi hanya sekitar RM500 juta,” katanya.
Difahamkan umat Islam di Malaysia sebelum ini hanya perlu membayar RM9,900 sahaja dan kos selebihnya ditanggung kerajaan.
Kenyataan Ahmad Marzuk telah menyebabkan bakal jemaah merasa bimbang.
![]() |
Jangan tambah beban umat Islam |