C4 gesa segera bentang RUU Ombudsman

 


KERAJAAN Persekutuan digesa segera membentangkan Rang Undang-undang Ombudsman bagi membolehkan badan bebas itu menyiasat amalan salah penjawat awam menjelang 2022.

Kumpulan antirasuah yang menggelar diri mereka Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) dalam kenyataan berkata, sektor perolehan awam menjejaskan perniagaan Malaysia selama berdekad akibat amalan salah.

Walaupun terdapat dasar serta peraturan untuk membendung amalan salah, masalah harga terlalu tinggi, terlebih kos, kelewatan menyelesaikan projek, kualiti kerja rendah yang berpunca dari amalan rasuah  menjadi masalah yang sukar diatasi.
 

“Pandemik Covid-19 dan tempoh perkembangan politik menganggu yang melanda negara menjejaskan pelbagai bidang reformasi utama yang sangat diperlukan untuk memperbaiki sistem pentadbiran negara, situasi sosiopolitk dan ekonomi secara keseluruhan,” kata mereka.

Sehubungan itu mereka menegaskan lima perkara yang perlu dilaksana bagi memastikan kejayaan sistem ombudsman di Malaysia.

Ia antaranya Ombudsman perlu ditubuhkan sebagai badan bebas;Perlu bebas daripada campur tangan politik dan melalui proses wawancara ketat yang ditentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

Selain itu, Undang-undang khas perlu menentukan kuasa dan bidang kuasa ombudsman untuk menyiasat amalan salah dalam perkhidmatan awam.

Mereka turut menggesa supaya apa-apa siasatan berkait ombudsman perlu diumumkan.

Peruntukan belanjawan untuk ombudsman juga tegas mereka perlu dibuat melalui Parlimen.

Sebagai rekod, Ombudsman adalah pegawai yang dilantik untuk menerima dan menyiasat aduan berkaitan salah guna kuasa oleh eksekutif serta pentadbirannya yang diwujudkan bagi mencapai keadilan dalam pentadbiran.

Ia antara inisiatif utama di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang diusahakan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ombudsman mampu cegah salahguna kuasa
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam satu lapora media berkata ombudsman di peringkat PBT penting kerana boleh berperanan menerima dan menyiasat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sebarang perkara berkaitan perkhidmatan dan jentera kerajaan.

Difahamkan, ia sepatutnya dibentang di Parlimen tahun lalu, namun tertangguh susulan pertukaran kerajaan.
 

Post a Comment

0 Comments