KETUA PEMBANGKANG Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menerima usul untuk membahaskan kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan atas dakwaan penyelewengan wang.
Menurut Anwar, Azhar wajar mempertimbangkan usul dibawakan Fahmi Fadzil (HARAPAN-Lembah Pantai) memandangkan isu tersebut dianggap sangat serius.
“Sementara speaker Dewan Rakyat teliti (usul dibawa Fahmi), saya pohon sedikit pertimbangan.
“Kes ini antara yang agak serius. Kebelakangan ini bukan sahaja melibatkan kecuaian SPRM, ini pegar makan padi, melibatkan polis sebab sudah jadi urusan polis.
“Saya pohon beri ruang perkara ini dibahaskan supaya kita dapat penjelasan tentang permasalahan ini dari sudut keberkesanan tindakan diambil oleh kerajaan,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu di Dewan Rakyat.
Isnin lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wang lebih RM25 juta dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman enam hari sejak 14 Sept lalu.
![]() |
Anwar minta pertimbangan kes dibahaskan |
Malah kes itu juga melibatkan kepentingan umum dan perbahasan mengenainya perlu disegerakan.
“Saya pohon dipertimbangkan usul ini dibenarkan. Isu penangkapan tiga anggota SPRM merupakan kes berat dan besar.”
0 Comments