Ku Li kecewa dengan Umno, letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat


AHLI PARLIMEN
Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno.

Sumber terdekat dengan pemimpin vateran itu mengesahkan kesahihan surat bertarikh 20 September itu yang diserahkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Antara sebab mengapa Tengku Razaleigh yang dikenali dengan panggilan Ku Li meletakkan jawatannya adalah susulan kekecewaanya terhadap sokongan Umno terhadap kerajaan Ismail Sabri yang masih dibarisi menteri daripada “kerajaan gagal” Muhyiddin Yassin.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang menggantikan kerajaan gagal telah direstui oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kerajaan gagal.

“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan dalam PRU15 dan akhiri Parlimen yang tergantung?

"Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti dalam PRU15 nanti?,” soal Ku Li dalam surat itu.

Ku Li dilapor kecewa dengan Umno
Difahamkan perletakan jawatan itu berkuatkuasa pada tarikh surat itu dihantar.

“Dengan surat ini saya memohon untuk berundur daripada jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, jawatan yang tidak berperlembagaan, berkuat kuasa mulai tarikh surat ini," tulis surat itu.

Post a Comment

0 Comments