SEORANG pemimpin tertinggi Umno menyifatkan pelantikan Mahiaddin Md Yasin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bakal memberi kesan terhadap pentadbiran k'jaan Perikatan Nasional (PN) 2.0.
Dr Mohd Puad Zarkashi yang dipetik laporan media berkata, Ismail Sabri Yaakob akan berdepan masalah mengurus negara sekiranya Ahli Parlimen Bera itu berada dalam tekanan politik pihak tertentu.
“Walhasil balik asal. Bagaimana Muhyiddin terlantik? Apakah dia menekan Ismail Sabri?
“Atau Ismail Sabri lantik dengan sukarela kerana percaya Mahiaddin bukan Perdana Menteri gagal sebelumnya?.
“Apakah Majlis Pemulihan Negara mempunyai bidang kuasa yang besar? Pasti akan ada “term of reference” yang menjadikannya lebih “berautoriti”.
“Kalau itu dibenarkan, Ismail Sabri tidak akan ada kebebasan mengurus negara. Politiking akan berterusan. Tiada kestabilan,” kata Puad yang mempersoalkan apakah ada paksanaan terhadapnya sebagai syarat mendapat sokongan dari parti Bersatu.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 September lalu memutuskan pelantikan Mahiaddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Keputusan itu mendapat kritikan meluas dari warganet dan pemimpin politik pembangkang.
Mahiaddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen Umno terhadapnya. Presiden Bersatu itu berdepan tekanan kuat dari rakyat susulan didakwa gagal mengurus pendemik dan isu berkaitan rakyat.
Pengisyhtiharan darurat yang dilaksana oleh kerajaan Mahiaddin dengan alasan bagi menangani pendemik turut dilihat gagal mengawal wabak. Kes harian semakin meningkat sehingga menyaksikan perkhidmatan kesihatan hampir runtuh dan rakyat terpaksa berdepan sekatan perjalanan berpanjangan.
Sesetengah pihak terutama pemimpin politik mendakwa pelaksanaan darurat itu bertujuan menyelamatkan kedudukan Mahiaddin sebagai perdana menteri ketika itu.
Sementara itu dipetik laporan sama, Puad yang merupakan bekas Ahli Dewan Rakyat turut menganggap pelantikan Mahiaddin itu juga menyelamatkan parti Bersatu.
![]() |
Ada usaha nak selamatkan parti Bersatu? |
“Itu satu isu. Isu besar sekarang ialah imej gagal Mahiaddin akan menghantui kerajaan baru Perdana Menteri kesembilan.
“MKT Umno sudah mengingatkan, jangan dihidupkan imej kerajaan PN 2.0,” tegas Puad lagi.
0 Comments