Undi percaya sepatutnya dijalankan sebelum Titah Diraja - Azalina

 


TIMBALAN SPEAKER Dewan Rakyat, Azalina Othman Said menegaskan bahawa persidangan khas boleh dipanggil tanpa menunggu September sekiranya ada agenda “kepentingan awam” perlu dibawakan ke Dewan pada kadar segera.

Merujuk isu sokongan yang dihadapi Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yasin, Azalina berkata isu keasbahan Mahiaddin adalah membabitkan kepentingan awam dan Mahiaddin tiada pilihan selain memanggil Parlimen.

Kuasa memanggil persidangan khas itu jelasnya boleh dilakukan mengikut Perintah Tetap Dewan 11(3).

“Keabsahan kerajaan adalah perkara penting demi kepentingan awam, jadi perdana menteri tidak mempunyai pilihan memanggil persidangan khas secepat mungkin,” katanya dipetik laporan media.

Azalina sebelumny melontarkan persoalan, mengapa usul berkenaan hanya boleh dibentang pada September ini sekiranya Mahiaddin benar-benar bersedia berdepan pengundian terhadapnya.

Sementara itu beliau mempersoalkan garis masa usul undi percaya yang dijangka dibentang selepas Titah Diraja oleh Agong.

Sedangkan menurutnya Yang di-Pertuan Agong dijadual merasmikan persidangan Parlimen pada 6 September ini menerusi Titah Diraja, yang antara lain disediakan teksnya oleh kerajaan, dibacakan kepada Ahli Parlimen.

“Bukankah kita sepatutnya menyelesaikan undi percaya terlebih dulu untuk menguji keabsahan kerajaan sebelum Titah Diraja?”

Jika kerajaan gagal mendapat undi mencukupi, bukankah itu bermaksud Agong perlu membawa Titah Diraja baharu yang disediakan kerajaan baharu?

Azalina pesoal tindakan Mahiaddin


“Lebih-lebih lagi, Ahli Parlimen dijangka membahas dan mengundi terhadap Titah Diraja dalam persidangan berkenaan. Mengundi bagi Titah Diraja memberi maksud mengiktiraf keabsahan kerajaan. Antara lain, mengundi menentang Titah Diraja bersamaan menentang kerajaan Agong.


“Adakah wujud kemungkinan kerajaan akan menggunakan Titah Diraja sebagai undi keabsahan untuk dijadikan pengganti kepada usul undi percaya secara rasmi? Jika ya, saya mengakui ianya “strategi bijak,” katanya sinis.

Post a Comment

0 Comments